Tips 3 – Kehamilan Minggu ke-13
Setelah hampir seminggu berlalu, usia kandungan sudah mencecah 13 minggu. Siapa yang belum baca tips kehamilan minggu ke 12 boleh ikuti pautan di sini.
Minggu ini admin nak kongsi tips dan ilmu baharu untuk semua ibu hamil. Jom baca!

Berbicara sambil mengusap perut
Untuk orang yang tak biasa dengan keadaan ini, pasti akan merasa hal ini seperti tidak masuk akal atau janggal. Mana taknya, duk cakap seorang diri dengan perut kan?
Tapi sebenarnya, ada kajian yang mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dari dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam.

Siapa je yang mampu menahan sabar sekiranya bayi sekejap-sekejap meragam kan? Sebab itulah anda perlu cuba tips ini moga-moga bayi tersebut dapat membesar dengan sihat dan tidak banyak meragam
Cara nak bercakap dengan bayi dalam kandungan
1. Memilih waktu yang tepat
Tiada batasan masa sebenarnya kalau anda nak bercakap dengan bayi. Akan tetapi, masa yang terbaik adalah ketika bayi itu sedang aktif di dalam perut anda dan waktu yang bayi aktif kebiasaannya adalah selepas anda makan.
Waktu seterusnya ialah ketika anda bangun pagi. Ucapkan selamat pagi, tanya khabar bayi anda dan doakannya sekali. Memang satu pakej lah kalau anda dapat buat benda ni.
Tak dilupakan juga, ketika anda hendak tidur. Usap perut anda dengan perlahan, tanya anak anda, adakah dia seronok hari dapat makan yang sedap-sedap, khabarkan anda saya padanya, baca doa dan tidur.
2. Menyesuaikan dengan mood ibu
Emosi seorang ibu dapat dikenali oleh bayi yang di dalam kandungan. Gembira, seronok, sedih, marah dan sakit, semua ini dapat dirasa oleh bayi anda.
Maka, tenangkanlah diri anda, atau seusai melaksanakan solat ketika hati anda berada dalam keadaan tenteram, maka gunakan masa itu untuk bercakap dengannya.
Kawal perasaan dan emosi anda, supaya aura positif itu dapat sampai kepada bayi anda.
3. Memperlahankan perbicaraan
Nak berbicara dengan bayi tidak boleh tergopoh gapah, tidak boleh laju-laju dan tidak boleh kasar-kasar. Hal ini kerana, bayi anda sudah dapat merasakan cinta dan kasih anda sejak dari dalam kandungan lagi..

4. Mendendangkan alunan Al Quran dan zikir
Tidak dinafikan, terapi terbaik sudah semestinya daripada kalam Ilahi buat para ibu hamil yang beragama Islam. Seperti mana yang kongsikan dalam tips pertama dahulu, anda adalah sangat-sangat digalakkan untuk membacakan Al Quran, berzikir dan berselawat sepanjang tempoh kehamilan ini.
Selamat mencuba!