Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ibu hamil juga boleh mengamalkan diet. Manakala untuk orang yang baru tahu berkenaan perkara ini mesti akan timbul persoalan.
Tak bahaya ke dekat bayi dalam kandungan?
Ada juga yang akan bertanya bagi pihak ibu
Tak bahaya ke dekat ibu?

Sebenarnya, kita perlu memahami istilah diet itu bukanlah bermaksud tidak makan apa-apa, akan tetapi maksud sebenar diet ialah
Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang boleh memberi gabungan tenaga dan zat-zat makanan yang berbeza, dapat membantu menjaga kesihatan secara am dan mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk fungsi harian.
Jadi, apabila kita sudah memahami apa itu diet, maka sebenarnya tidak menjadi masalah untuk seorang ibu hamil itu mengamalkan diet.
Tahukah kita sebenarnya terdapat banyak buah-buahan yang terbaik untuk ibu hamil?
6 Buah-Buahan Terbaik Terbaik Untuk Ibu Hamil

1. Buah Avokado
Merupakan sumber terbaik bagi vitamin C, vitamin E, vitamin B dan vitamin K, asid lemak tidak tepu tunggal (monounsaturated fatty acid), serat, tembaga, kolin (choline) – penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi, magnesium dan kalium.
Buah ini mengandungi lemak yang dapat memberi tenaga dan membantu mencegah kecacatan tiub neural.

2. Buah Delima
Buah delima merupakan sumber buah-buahan yang padat dengan sumber tenaga yang baik.
Ia boleh memenuhi keperluan vitamin K – penting untuk mengekalkan tulang yang sihat, kalsium, folat, zat besi, protein, serat – bantu mengatasi kesakitan akibat sembelit, tenaga dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan wanita hamil.
Kajian turut mencadangkan, mengambil jus delima berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada plasenta.

3. Buah Oren
Merupakan sumber yang baik untuk folat – vitamin B yang membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang, vitamin C – mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel, dan membantu badan menyerap zat besi dan air.
Buah dari kumpulan sitrus ini dapat membantu anda kekal hidrasi.
Oren turut mempunyai folat dan kandungan air yang tinggi. Oren adalah baik untuk memastikan seseorang individu kekal terhidrat dan sihat.
Vitamin C boleh membantu mencegah kerosakan sel dan membantu penyerapan zat besi. Folat pula boleh membantu mencegah kecacatan tiub neural, yang boleh menyebabkan keabnormalan otak dan tulang belakang pada bayi.

4. Buah Pisang
Mengandungi kuantiti yang tinggi bagi vitamin C, kalium, vitamin B-6 dan serat.
Serat yang tinggi dalam pisang amat membantu wanita mengandung yang kerap berdepan masalah sembelit – yang mungkin berlaku disebabkan tekanan rahim pada usus, rasa bimbang dan kegelisahan, diet rendah serat dan zat besi dan kandungan zat besi dalam vitamin yang diambil.
Terdapat juga bukti yang mengatakan bahawa vitamin B-6 boleh membantu mengurangkan dan melegakan masalah mual dan muntah pada awal kehamilan.

5. Buah Mangga
Kaya dengan vitamin A dan C. Secawan potongan buah mangga memberikan 100% daripada keperluan harian vitamin C dan lebih daripada satu pertiga jumlah keperluan vitamin A yang disyorkan RDA (Recommended Dietry Allowance).
Bayi yang lahir dengan kekurangan vitamin A berkemungkinan untuk mengalami masalah imun yang rendah dan berisiko untuk menghadapi komplikasi selepas bersalin, seperti jangkitan pernafasan.
Mangga adalah buah yang terbaik untuk diambil ketika hamil, tetapi pastikan anda juga mengambil buahan lain.
kurma kismis
6. Buah-buahan kering
Buah buahan kering mengandungi nutrien yang terdiri daripada serat, vitamin dan mineral serta tenaga. Buah kering mengandungi semua nutrien yang sama seperti buah segar.
Oleh itu, wanita hamil boleh mendapatkan vitamin dan mineral RDA mereka dengan memakan sebahagian buah-buahan kering dengan jumlah yang lebih kecil daripada jumlah buah buahan segar yang bersamaan.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa buah kering berkemungkinan mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tidak mengandungi kandungan air sepertimana buah buahan segar.
Ini bermakna ia tidak membantu dalam pencernaan makanan. Wanita hamil hanya boleh makan buah buahan kering secara sederhana.
Berapa banyakkah buah-buahan yang perlu dimakan oleh ibu hamil?
Nasihat untuk wanita hamil adalah untuk makan sekurang-kurangnya 5 bahagian buah buahan dan sayur segar setiap hari dan mempelbagaikan pengambilannya sebanyak mungkin.
Sebagai peraturan umum, satu hidangan buah adalah:
- Satu potong buah, untuk buah-buahan yang lebih besar daripada saiz bola tenis
- Satu cawan buah buahan potong
Memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran semasa mengandungkan bayi menyediakan wanita hamil dengan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong bayi mereka yang sedang berkembang.
Ia juga meminimumkan risiko penyakit dan kecacatan tertentu dan membantu menyuburkan badan wanita.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada ibu hamil di luar sana.