Adalah amat digalakkan buat para ibu hamil untuk mengamalkan makanan yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW. Makanan ini terkenal dengan nama Makanan Sunnah.

Susu Kambing
Susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing bagus untuk iu hamil kerana kaya dengan khasiat untuk perkembangan otak dan sistem saraf. Malahan, susu kambing membekalkan vitamin, mineral protein dan lemak penting untuk ibu dan bayi dalam rahim. Nutrisinya adalah 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Susu kambing ini juga bagus untuk diambil oleh ibu kerana dipercayai mempunyai tahap imunisasi yang lebih kuat terhadap penyakit.
Cara Minum Susu Kambing
Untuk minum susu kambing paling kurang satu liter sehari. Boleh digunakan dari susu lembu biasa atau dari susu tepung (susu tin).
Khasiat Susu Kambing
- Dikatakan ini adalah susu terbaik selepas susu ibu
- Susu ini sesuai diminum oleh mereka yang alah dengan susu lembu. Tak akan sakit perut
- Susu kambing kaya dengan khasiat yang bagus untuk ibu hamil. Contohnya perkembangan otak & sistem saraf.
- Minuman ini membekalkan vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting untuk ibu & bayi dalam rahim
- Susu kambing mempunyai nutrisi 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu.
- Kelebihan bayi yang minum susu ibu & susu kambing dipercayai mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap penyakit
- Saiz zarah lemak susu kambing yang lebih kecil membuatkannya lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.
Sumber: Ibu Syurga