Kelas Mengaji Online zammiluuni.com

Pada musim covid ini, mesti ramai yang sudah mulai insaf dek kerana ujian Allah SWT yang dahsyat ini kan? Tak kurang juga ada yang sudah mula belajar untuk membaiki bacaan Al Quran mereka.

Sekiranya anda masih lagi tercari-cari dekat mana nak belajar Al Quran, hari ini kami nak kongsikan kepada anda sebuah portal Kelas Mengaji Online zammiluuni.com.

Apakah Kelas Mengaji Online zammiluuni.com?

Zammiluuni.com merupakan hub pembelajaran Al Quran online bersepadu yang berfungsi memudahkan masyarakat belajar Al Quran secara dalam talian dengan kebebasan memilih centre dan guru Al Quran. zammiluuni.com dapat membantu memudahkan ibu bapa mendapatkan guru Al Quran yang tepat buat seisi keluarga.

Belajar Al Quran dengan zammiluuni.com, anda akan di bimbing secara profesional oleh guru-guru Al Quran yang memang terlatih dalam bidang Pendidikan Al Quran dengan jumlah rangkaian pusat mengaji Al Quran terbesar di Malaysia. Telah mencipta rekod di Malaysia dalam ‘ The Malaysian Book Of Record’ sebagai The Largest Quranic Learning Centre Chain pada 9 Februari 2013.

Kelas Talaqqi

Dapat kami katakan bahawa Kelas Mengaji Online zammiluuni.com ini merupakan antara platform terbaik, untuk anda bukan sekadar membaiki bacaan, bahkan mengindahkan bacaan sehinggalah anda memperoleh Sanad Bacaan Al Quran tertinggi di dunia.

Peringkat Kelas Mengaji Online zammiluuni.com?

Untuk pengetahuan anda, di Kelas Mengaji Online zammiluuni.com ini anda tidak akan terus belajar membaca Al Quran. Akan tetapi, anda perlu untuk melalui peringkat-peringkat pengajian yang sudah disusun dengan lengkap. Tahukah anda apakah peringkat pengajian tersebut?

Kelas Tamhid

Kelas tamhid merupakan kelas asas bagi kelas mengaji online zammiluuni.com ini. Tamhid ini bermaksud “asas”, maka para pelajar akan diajar asas sebutan bahkan asas ini mengikut kepetahan lidah kita apabila berbicara. Maka ini adalah satu kaedah yang sangat menarik dan senang untuk diikuti oleh semua lapisan masyarakat.

Kelas Tajwid

Pada peringkat seterusnya, kelas mengaji online zammiluuni.com ini akan mengikuti kelas tajwid. Tajwid itu bermaksud “mencantikkan”, maka dalam kelas ini, para pelajar akan diajar untuk mencantikkan bacaan mengikut hukum-hukum di dalam ilmu tajwid.

Kelas Talaqqi

Apa bila para pelajar, sudah menguasai peringkat pertama dan kedua, maka para pelajar akan mengikuti pula peringkat yang ketiga iaitulah kelas talaqqi. Kelas mengaji online zammiluuni mempunyai ratusan guru yang terlatih dan profesional dalam bidang pendidikan Al Quran. Mereka akan menyemak bacaan, memperbaiki dan menambah baik bacaan para pelajar yang berada di sini.

Kelas Talaqqi Sanad

Kelas Talaqqi Bersanad

Setelah melalui tiga peringkat yang dinyatakan tadi, maka akan masuklah ke peringkat yang paling dinanti-nantikan oleh mana-mana pelajar Al Quran. Peringkat ini dinamakan Talaqqi Bersanad. Kelas mengaji online zammiluuni.com mempunyai 4 orang bahkan lebih guru-guru yang alim dan faqih di dalam bidang Al Quran. Mereka ini mempunyai sebuah sanad yang tidak boleh dikira betapa tinggi nilai sanad tersebut. Susur galur bacaan Al Quran yang berantai dari guru ke guru sehinggalah ke lidah mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

Begitulah hebatnya kelas mengaji online zammiluuni.com ini. Modul-modul yang komprehensif, peringkat-peringkat yang jelas ini melambangkan kesungguhan mereka dalam mendidik anak bangsa untuk mempelajari Al Quran dengan lebih baik.

Jangan persia-siakan peluang keemasan ini, dan cepat-cepatlah mendaftar dengan kelas mengaji online zammiluuni.com sekarang!

Bagaimana nak mendaftar ke Kelas Mengaji Online zammiluuni.com?

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar.

  • Layari kelas mengaji online zammiluuni.com
  • Tatal ke bahagian borang pendaftaran
  • Isi maklumat anda dan pilih cawangan yang berdekatan dengan anda
  • Tunggu emel pengesahan dari sistem
  • Ikuti kelas secara atas talian melalui mobile apps.

Leave a Reply

join the family

Subscribe to our mailing list and get a special surprise