Tips 1 – Kehamilan Minggu ke-12
Dikurniakan zuriat adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pasangan di atas muka bumi ini. Maka tidak mustahil para bakal ibu akan mula bersedia sedaya upaya untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan yang sihat dan terbaik.
Untuk bakal ibu yang tinggal bersama ibu bapa kebiasaannya tidak menjadi masalah, kerana mereka boleh bertanya secara terus. Namun bagaimana pula buat bakal ibu yang bermukim di ibu kota? Apa yang boleh dilakukan? Kepada siapa mereka nak bertanyakan soalan?
Jangan risau! Hari ini admin nak kongsikan satu tips buat ibu mengandung di luar sana. Tips kehamilan ini akan bermula apabila usia kandungan mencecah 12 minggu.

Baca Surah Dari Al Quran.
Sebagai seorang Muslim, kondisi spiritual akan menjadi elemen pertama yang dititik beratkan oleh ibu hamil. Hal ini kerana, apabila seorang ibu membaca ayat-ayat suci Al Quran, maka ianya dapat membantu memudahkan kelahiran, mendapat anak yang sihat, sempurna, soleh dan bijak.
Jadi apakah surah yang disarankan untuk dibaca itu ialah:
- Surah Al Fatihah
- Surah Yasin
- Surah At Taubah
- Surah Luqman
- Surah An Nahl (Ayat 78)
- Surah Al A’raf (Ayat 189)
Hukum Terapi Dengan Al Quran
Secara asasnya, Al Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt :
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya :” Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ :82)
Untuk bacaan lanjut, anda boleh menyemak di laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Semoga dengan tips kehamilan ini akan membantu para bakal ibu diluar sana untuk mendapatkan kandungan yang sihat.