Tips 4 – Kehamilan Minggu ke-13
Semakin hari, bayi anda akan semakin membesar. Maka anda sudah boleh mula untuk fokus kepada hal yang lain pula.
Tumbesaran bayi di dalam kandungan turut datang dari tumbesaran tulang. Sudah pastilah anda inginkan tumbesaran tulang yang pesat kan?
Maka anda boleh fokuskan kepada pengambilan kalsium yang mencukupi untuk membantu pembinaan pesat tulang dan gigi bayi di dalam kandungan.
Makanan yang mempunyai sumber kalsium
aprikot susu brokoli
- Susu
- Buah Aprikot
- Suplemen
- Keju
- Yogurt
- Brokoli
- Bayam
Anda tidak perlu khuatir, kerana makanan-makanan ini tidak mahal harganya dan boleh di dapati di mana-mana kedai.
Sekiranya anda mahir memasak, anda boleh mempelbagaikan jenis masakan menggunakan makanan-makanan di atas.
Adakah anda rasa tips kali ini bermanfaat? Semoga tips kali ini dapat membantu anda!